belajar gitar






Kamu mungkin pernah melihat seorang pemain gitar dan mempunyai keinginan untuk bermain gitar. Untuk menjadi seorang pemain gitar yang betul-betul mahir, ia mengambil masa 5 sehingga 10 tahun. Tetapi untuk seorang yang tidak pernah memegang atau bermain gitar, hanya satu hari digunakan untuk kamu mengenal, berlatih dan bermain beberapa kord yang mudah. Pertama sekali yang kamu harus buat ialah mengenal alat muzik gitar.Gunakan alat penala string atau tuner untuk menala / tune setiap tali gitar mengikut standard tune not. Atau boleh juga tune gitar menggunakan Guitar Tuner Online di internet.Chord atau kord yang paling ringkas dan mudah diguna pemain gitar ialah kord C major dan A minor. Kord C major biasanya akan ditulis "C" sahaja manakala kalau sekiranya ia berbunyi minor maka ia akan bertulis "C m". Kord C major atau C selalunya dimainkan dalam lagu mode gembira. Kord minor seperti A minor dan E minor selalunya ditulis "A m" dan "E m" sahaja dan ia selalu diguna untuk lagu mode sedih. Beza anatara "minor" atau "major" ialah "minor" itu mempunyai mood yang sedih. "Major" pula jikalau dibunyikan akan berbunyi irama yang gembira. Major ialah scale / skel irama utama yang berasal dari budaya kehidupan orang Eropah. E A D B G E ialah tune untuk setiap string gitar.
Chord progression ialah pergerakan dan pertukaran kord dari kord pertama hingga yang seterusnya, Kalau kamu sudah tahu menekan string gitar dengan jari kamu untuk kord C dan Am, cuba pula mainkan dua kord itu bersilih ganti, dua kali strum atau dua kali petik keseluruhan string gitar untuk satu kord. Strum ialah perbuatan menyentuh keseluruhan tali atau string gitar dengan tangan untuk membunyikan kesemua string gitar itu menggunakan pick atau jari tangan kanan sahaja.

0 Response to "belajar gitar"

Post a Comment